Photobucket

Monday, April 22, 2013

10 Sifat Terpuji


ٱلرَّحِيم ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱللَّهِ بِسْمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik)." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Aisyah r.ha. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Jabir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya." (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sahabat yang dimuliakan,
Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.
Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya.



Terdapat 10 ciri-ciri akhlak yang mulia akan menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang mukmin yang benar.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya:-

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat warak adalah sebagaimana  Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan"

Kedua : Memelihara penglihatan.
Seseorang mukmin itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah SWT maksudnya :

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah an-Nur ayat 30)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu." (Hadis Riwayat At Tabrani)

Ketiga : Memelihara Lidah
Seseorang mukmin itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, memfitnah, berdusta, berbohong, memaki-hamun dengan perkataan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.

Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. "Ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang."
Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya"
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah ia seorang mukmin (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis Riwayat Tarmizi)
Sabda baginda lagi maksudnya : "Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."(Hadis Riwayat Baihaqi)

Keempat : Bersifat Pemalu.
Seorang mukmin mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: "Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

Kelima : Bersifat Lembut dan Sabar
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang mukmin ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas 'amal Islami sehingga himmah dan lemah lembut mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.
Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan".(Surah al-Syura ayat 43)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?".
(Surah an-Nur ayat 22)
"Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan".
(Surah al-Furqan ayat 63)

Sabda-sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang bermaksud : "Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya."
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: "Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Apabila Allah Subhanahuwata'ala telah menghimpunkan makkhluknya di hari kiamat, penyeru pada hari itu pun menyeru; "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat. Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu". Mereka menjawab: "Adalah kami ini apabila dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut", lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal"

Keenam : Bersifat Benar dan Jujur.
Seorang mukmin itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah SWT dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.
Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.

Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".
(Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)
Ketujuh : Bersifat rendah diri

Seseorang mukmin mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu'Alaihi Wasallam sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda maksudnya :
"Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur."
(Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman maksudnya : "Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya".
(Hadis Qudsi Riwayat Muslim)

Kelapan : Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah SWT maksudnya :

"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang". (Surah al-Hujurat ayat  12)
Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."
(Surah al-Ahzab ayat 58)

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kesembilan : Bersifat pemurah.
Seorang mukmin mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di dalam al-Quran al-Karim sendiri terdapat banyak ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki  yang kami berikan kepada mereka."  (Surah al-Anfal ayat 3)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai".(Surah al-Baqarah ayat 272)

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam maksudnya : "Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : 'Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)'. Dan salah satu lagi berkata ; 'Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesepuluh : Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)
Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al-Ahzab Ayat 21 )



Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan 10 ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji seperti yang dinyatakan diatas. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah asset yang besar di dunia dan akhirat. Jika di dunia kita akan dikasihi oleh  manusia dan akan menjadi ikutan dan jika di akhirat akhlak yang mulia dan terpuji adalah menjadikan amalan yang memberatkan timbangan (mizan) kita di sana. Jadikanlah akhlak yang terpuji ini sebagai pakaian hidup kita dan menjadikan kita hamba Allah SWT yang diredai-Nya di dunia dan akhirat.

Tuesday, April 9, 2013

Pertemuan Yang Tak Disangka





alhamdulillah.. akhirnya terubat jgak rindu ku .. rindu?? agak2 dkat sape ye.?? mesti korang pkir lain kn?? haha.. jwpannya rindu dkat "Ustaz" kesayangan aku la.. namanya Ustaz Muhd Redza .. dia sekarang berkhidmat di MASJID SULTAN MIZAN,PUTRAJAYA.. beliau sudah berkhidmat selama 4 tahun di situ.. sebelum berkhidmat disitu , beliau berkhidmat di masjid putrajaya jgak.. tp msjid yg lagi satu 2.. aq lpe nama msjid 2.. tp kt ptrajaya la.. hehe.. tak silap, ustaz redza pernah menikah kan Nabil Rajalawak dgn Irma Hasmi.. alhamdulillah rezeki ustaz.. 

hah..ni dye buktinya.. huhu.. ustaz bersama suami Irma ..

diriku rasa bersyukur sangat2 kerana dapat berguru dengan ustaz redza walawpon x seberapa lama.. tak silap dulu aku waktu darjah 5 ke darjah 6, ustaz ada buat kelaz hafazan al-Quran.. x ramai sangat yang masuk kelas ni.. bila ingat blik.. kenangan kitaorang bersama ustaz ni , memang happening gila.. haha


hah... nmpk tarikh kt gmbar 2.. 9 hari bulan 7..taon bpe aku tak sure.. haha.. mase ni aku buat jamuan hari jadi diriku yang ke berapa entah.. lupa la.. haha.. mklum la, usia dah meningkat.. haha.. dah lama kot gambar ni.. huhu.. dlam gmbr tu hanya sebilangan saja anak murid ustaz termsok diriku.. ada beberapa lagi entah kemana.. haha..  diriku mengucapkan terima kasih banyak2 kepada ustaz kerana telah membimbing diriku dan kwan2 yang lain ke jalan yg benar .. dan jadikan kn kami seorang "HAFIZ" walawpon hanya hafal 2 juzuk sahaja.. aku mendoakan ustaz redza sentiasa dilindungi TUHAN dan dimurahkan rezeki.. amin.. 


Sunday, April 7, 2013

Tersembunyi Kasih pada Tabir Usaha


Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.

"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi





Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.

Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.

Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.

Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.

Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.

"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s

Sunday, March 31, 2013

Samuri`s Family Gathering (Mac 2013)

      Bersempena dengan ulang tahun kelahiran adik sedara iaitu Faris dan Taufiq, keluarga Haji Samuri (family belah ayahku) telah mengadakan satu perjumpaan tahunan family di salah sebuah resort Port Dickson pada tanggal 30-31 Mac 2013.. walawpon PD merupakan tempatku belajar tapi ia bukan menjadi penghalang bagi mengadakan program keluarga  walawpon setiap tahun mengadap PD.. haha..Dalam perjumpaan kali ini, syahmi hanya hadirkan diri bersama adik kesayanganku Siti Hajar selaku wakil keluargaku.. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar walawpon serba kekurangan.. ((^_^))


KENANGAN GAMBAR BERSAMA

       
   Birthday Boy 
                                                                   



bersama sedaraku yg paling rapat (ayie)


ayie bersama calon bakal ustaz (amir)

bersama pak uda tersayang.. senyum sokmo .. :)

aisyah, faza dan adik hanim..


 
Karoeke Time!!! hehe.. '
                                                                  
bersama anak buah (adik hanim)



jejaka idaman.. haha


Swimming Time!! 

sebelum mendaki bukit kena ambil gambar dulu.. haha

say peace.. :)

muka kepenatan mendaki bukit.. sempat lagi bergmbar.. x habis sampai ke kemuncak lagi.. haha











Thursday, March 28, 2013

Putus Cinta Bukanlah Pengakhiran Segalanya


“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”





Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. 

Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? 

Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. 

Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Tertarik Pada Lirik Nasyid Ini



dehearty-bidadari hidupku


Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik rindu di hati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan

Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
Moga kekal menyinar dalam keredhaan

Kau umpama
Mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku
Bersama kasih sayangmu

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
Menyegari ruangan hati kesyahduan

Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
Doaku agar Tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan rahmat-Nya

Isteriku,kaulah bidadariku
Hadirlah bersamaku di setiap waktu
Ku janjikan setiaku hanya untukmu
Dan kasihku hanya padamu
Oh isteriku........

Tuesday, March 26, 2013

Tazkirah Pendek



1.      Kisah Tong Sampah ( idea asal : Izzuddin (dentistry))

Satu hari, seorang ustaz telah mengumpulkan pelajarnya. Dipendekkan cerita, para pelajar  telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Mereka dikehendaki berdebat dan berhujah berkaitan Tong Sampah. Satu kumpulan mempertahankan kebaikannya, satu lagi pertahankan keburukannya. Maka berlakulah perdebatan antara mereka. Selesai berdebat, maka ustaz telah memberikan resolusi berkaitan tajuk tersebut.

“ Kamu semua sibuk berdebat mengenai tong sampah, tapi sedarkah kamu harini orang2 kafir menghina orang Islam macam TONG SAMPAH, hukum2 Allah diperlekehkan macam TONG SAMPAH, Al-Quran dihina, dibakar, dipijak2 macam TONG SAMPAH… “

2.       Nikmat lupa ( idea asal : Latef (dentistry))

Lepas jawab exam trial SPM, mak dia telefon.

“ Latef, mcm mane exam tadi?”
“ Susah la mak. Kat luar dewan ingat dah. Masuk dewan terus lupa.”
“ Takpa. Jangan kita cepat anggap segala yang datang sebagai satu musibah..”

Kemudian, maknya terus bercerita..

“ Kalau takda nikmat lupa Allah bagi kat mak, mak taknak dah lahirkan anak. Tapi bila mak dukung kakak kamu yang sulung tu, mak terus cakap nak lahirkan seorang lagi. Nikmat lupa yang Allah bagi tu, tengok kat baby lupa dah kesakitan masa nak melahirkan.. “

3.        Feeling Raya awal? (idea asal : sendiri )

Satu hari, lepas makan berat kat dewan makan D’Manja, terus naik bilik. Buka TV, tgk berita. Kebetulan time tu dia buat rakaman gelagat manusia membeli belah di Masjid Jamek, KL. Kemudian, wartawan pun temuramah seorang pengunjung, wanita Islam.

“ Saya minat la datang kat sini. Cakap je nak apa. Makanan, baju, seluar. Semua ada. Lagi2 dah nak dekat raya nie. “

(_ _”)

Awalnya pikir raya. Rasanya haritu baru Ramadhan ke 2 atau 3. Rupanya dah ada yang pikir nak Raya. Kenapa ye? Mungkin salah diri sendiri.

4.        Soalan Penutup Bicara ( idea asal : AbahMakki )

 Ada satu majlis, telah diadakan ceramah mengenai Ramadhan. Selesai ceramah, sesi soal jawab diadakan. Semua soalan telah dijawab oleh Panel sehinggalah soalan terakhir. Seorang Somalian telah bertanya,

" Apakah hukum kami bersahur dengan AIR SEJUK dan berbuka dengan AIR SEJUK kerana ketiadaan makanan ?.. "

Disebabkan soalan itulah, majlis itu telah ditamatkan kerana sebaknya ahli panel dengan soalan tersebut ..

Moral of the story : Fikir2kan keadaan kita dan mereka..