Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana
anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan
sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya
kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan
bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang
hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak
mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba.
Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan
oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang
terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta.
Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman
Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti
malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa
dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta
itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu
sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya
menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk
menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka
baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang
biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap
saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki
diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya
berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta.
Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa
merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya
sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti
cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala
cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya
lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam
jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang
mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat
sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah
terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta
yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati
hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta
pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."
- Israiliyat, Allah kepada Isa a.s
No comments:
Post a Comment