“Cintailah sesuatu itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang
engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada
satu ketika.”
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat
juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan
terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak
akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang
dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah
nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah
satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia
akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan,
kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak
pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis.
Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta
sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau
pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin
dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu?
Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala
sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’
bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah
mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia
tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya.
Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani
dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi
percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang
dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan
kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu
yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu
yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
No comments:
Post a Comment