Photobucket

Tuesday, March 26, 2013

Ketenangan Membawa Kebahagiaan


Alhamdulillah.. dengan iringan nada daripada QURAN dan Nasyid hidupku terasa tenang sangat.. Marilah sama-sama kita hayatinya.. insyaAllah.. Jiwa kita tenang.. oleh yang sedemikian, saya nak share beberapa lagu nasyid yang menjadi kesukaan saya.. Marilah kita hayati dan nyanyi bersama..

Far East - Nur Syahadah (minus one)

Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

c/o
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia


Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku…Ya Allah..


In-Team & Mestica - Kerana Cinta (minus one)


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..








No comments:

Post a Comment