Photobucket

Friday, September 23, 2011

ISLaM iTu KaSiH SaYaNg DaN KeaMaNaN


Agama ialah undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untukmanusia mendapat - dengan sebabnya - nikmat yang sebenar dan kebahagiaan yang kekal.
Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:
Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
(al-Anbia' : 107)
Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.
Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani.
Tercemar
Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar. Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah. Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini. Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.
وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 132) 

No comments:

Post a Comment